KEMPEN MERDEKA 2022 (PROMOSI HARGA WASIAT)

Terma dan Syarat

(A) Syarat Promosi dan Kelayakan:

    1. Promosi ini terbuka kepada para pelanggan individu Wasiat AmanahRaya yang berumur 18 tahun ke atas (Semenanjung Malaysia dan Negeri Sarawak) serta 21 tahun ke atas (Negeri Sabah).

    2. Tempoh Promosi bermula pada 01 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022 sahaja.

    3. Harga promosi atau diskaun yang ditawarkan adalah seperti berikut;

      Jenis Wasiat Harga Biasa Harga Promosi Kempen Merdeka 2022 Kelayakan Diskaun Fi Pusaka
      Wasiat Asas RM500.00 RM350.00 sahaja Tidak layak
      Wasiat Komprehensif RM1,200.00 RM950.00 sahaja Tidak layak


    4. Promosi ini sah di semua cawangan-cawangan AmanahRaya seluruh negara, kaunter bergerak AmanahRaya dan secara atas talian AmanahRaya Will Online melalui laman sesawang AmanahRaya di www.amanahraya.my

    5. Promosi ini TIDAK sah ke atas sebarang promosi AmanahRaya yang lain, diskaun, tawaran dan/atau keistimewaan kecuali dinyatakan sebaliknya.

(B) Hadiah Misteri dan pemilihan pemenang.

    1. Pemberian Hadiah Misteri (pelanggan individu membuat wasiat di Cawangan AmanahRaya): Hadiah Misteri akan diberikan kepada 20 pelanggan individu terawal yang hadir ke Cawangan-cawangan AmanahRaya seterusnya membayar fi promosi wasiat AmanahRayatersebut. Hanya satu (1) hadiah sahaja layak diterima oleh seorang (1) pelanggan. AmanahRaya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran balik atau sebarang pampasan dalam mana-mana bentuk.

    2. Pemberian Hadiah Misteri (pelanggan individu membuat wasiat secara atas talian melalui AmanahRaya Wills OnLine): Hadiah Misteri akan diberikan kepada 20 pelanggan individu terawal yang lengkap membuat wasiat secara atas talian seterusnya membayar fi promosi wasiat AmanahRaya tersebut. Hanya satu (1) hadiah sahaja layak diterima oleh seorang (1) pelanggan Wasiat. AmanahRaya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran balik atau sebarang pampasan dalam mana-mana bentuk. Pemenang-pemenang akan dihubungi secara e-mel oleh AmanahRaya dalam masa dua (2) minggu selepas Tempoh Promosi berakhir.

    3. AmanahRaya tidak akan bertanggungjawab jika pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Jika pihak AmanahRaya gagal menghubungi pemenang menerusi e-mel, AmanahRaya berhak untuk memilih pelanggan yang lain sebagai pemenang berikutnya.

    4. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai peraturan, kriteria pemilihan, keputusan dan semua perkara lain yang berkaitan dengan pemilihan pemenang, keputusan yang dibuat oleh AmanahRaya adalah muktamad, terakhir dan tidak boleh dipertikaikan. Apa jua pertikaian dan / atau aduan melalui mana-mana jenis media tidak akan dilayan.

    5. AmanahRaya tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerosakan atau kelewatan terhadap penghantaran dan/atau penerimaan Hadiah Misteri yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan AmanahRaya.

    6. AmanahRaya berhak mengganti sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.

    7. Hadiah yang ditebus tidak boleh dipindahmilik, dikembalikan, ditukarkan dengan wang tunai atau apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Hadiah yang ditebus mesti diterima seperti yang ditawarkan.

(C) Polisi Pemulangan Fi Wasiat.

Tiada pemulangan fi bagi semua jenis perkhidmatan wasiat yang diberikan oleh AmanahRaya.

(D) Pembatalan Perkhidmatan Wasiat.

Sebarang permohonan untuk pembatalan perkhidmatan wasiat yang dilanggan semasa tempoh promosi dan/atau pada harga diskaun tidak akan dilayan.

(E) Lain-lain syarat.

    1. Dengan menyertai promosi ini, pelanggan individu wasiat dianggap telah membaca dan memahami sepenuhnya serta telah bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh AmanahRaya.

    2. AmanahRaya tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dengan apa jua cara berkenaan dengan kegagalan teknikal apa jua bentuk, campur tangan, gangguan dan / atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan / atau pemprosesan urusniaga yang dilakukan dengan syarat bukan disebabkan oleh kecuaian AmanahRaya.

    3. AmanahRaya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinan yang disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan, perintah berkurung, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, epidemik, pandemik, kegagalan sistem atau apa-apa situasi di luar kemampuan AmanahRaya.

    4. PENAFIAN: TERTAKLUK KEPADA APA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, AMANAHRAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, GANTI RUGI TAULADAN ATAU AKIBAT KEROSAKAN (TERMASUK KEHILANGAN PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN ATAU KEUNTUNGAN) YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENYERTAAN PELANGGAN WASIAT DALAM PROMOSI INI, SAMA ADA LIABILITI TERSEBUT BERLAKU BERPUNCA DARIPADA APA-APA TUNTUTAN BERASASKAN KEPADA KONTRAK, JAMINAN, TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, DAN SAMA ADA PELANGGAN TELAH DINASIHATKAN ATAU TIDAK KEMUNGKINAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN BOLEH BERLAKU.

    5. AmanahRaya mempunyai hak dan budi bicara secara mutlak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan syarat ini tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu melalui mana-mana medium komunikasi dan apa-apa pindaan, pembatalan atau penambahan akan berkuatkuasa, dibaca dan ditafsirkan seolah-olah telah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat ini.

    6. Terma dan syarat ini terikat dengan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia.

    7. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Amanah Raya Berhad di talian 03-27237273 atau layari www.amanahraya.my